Like us on Facebook

Responsive Ads Here

Total Pageviews

Wednesday, June 26, 2019

The Phantom of the Opera: 'Tiada salahnya jika lelaki menangis'

The Phantom of the Opera: 'Tiada salahnya jika lelaki menangis'
Watak-watak yang diwujudkan mudah difahami dalam konteks masyarakat. - Base Ent
KUALA LUMPUR: Muzikal The Phantom of the Operayang julung-julung kali menemui penonton di Malaysia, bukan sahaja diminati kerana kualiti dalam pementasannya.

Sebaliknya, apa yang menarik adalah watak-watak yang diwujudkan mudah difahami dalam konteks masyarakat, biarpun kisah asalnya sudah menjangkau usia lebih 100 tahun.

Perkara itu dipersetujui teraju utama The Phantom of the Opera, yang berpendapat setiap watak menjadikan naskah yang diterbitkan pada 1910 itu cukup kuat.


"Orang hanya nampak The Phantom sebagai obses. Tetapi ramai yang tidak sedar dia membawa persona seorang manusia biasa yang tidak sempurna.

"Dia dibuang oleh ibu sendiri kerana kecacatan pada wajahnya, sekaligus membuatkan dia tidak tahu bagaimana mahu berdepan dan bergaul dengan orang ramai.

"Dia menjadi obses dengan Christine DaaƩ kerana itulah kali pertama dia merasai perasaan cinta, dan dia tidak tahu bagaimana untuk menanganinya," kata Jonathan Roxmouth yang memegang watak The Phantom atau Erik.

Roxmouth yang kali kedua diamanahkan memikul watak besar itu selepas kali pertama melakukannya lapan tahun lalu, mengakui belajar banyak perkara daripada The Phantom.

"Di sebalik perwatakannya, The Phantom seorang yang jujur. Apa yang dipaparkan adalah terus dari hatinya.

"Saya ambil contoh, lelaki kebiasaannya sukar mahu menangis. Tetapi The Phantom tidak begitu. Dan saya harap masyarakat sedar tidak ada salahnya apabila lelaki menangis," tambahnya.

No comments:

Post a Comment